Abah

18 Jun 2011


Abah,
Berapa lama usia hidupmu kau habiskan untuk diri mu?
Berapa kederat keringat diperah untuk kepuasan jiwa mu?
Bilakah kali terakhir kamu buat sesuatu untuk dirimu sahaja?
Habis usia muda mu kamu korbankan untuk ramai jiwa.
Habis harta kamu korbankan untuk anakandamu tidur terus lena

Abah,
Aku akui usia mu kian larut.
Aku akui kudratmu mulai luput.
Aku akui pandangan mu makin susut
Hanya menunggu masa untuk dijemput.
Namun aku berdoa agar masih punya
Peluang berbakti untukmu selagi dianugerahkan nyawa.

Abah, 
ketika aku mengalah…
engkau semangatku
ketika aku sakit…
engkau penawarku
ketika aku bersedih…
kau air mataku
ketika aku ketawa
engkau riangku
dan ketika engkau berduka?


MSHK,
Wisma Mutiara, Kotarayaku, 2011

Dulu LK kini ANEKDOT

7 Jun 2011

Hari ini aku mulai rutin aku yang dah lama aku tinggalkan.
MENULIS. Ya..menulis adalah tabiat aku yang telah lama aku tinggalkan. Mungkin selepas ini aku akan kerap menulis jika ada kelapangan di lapangan kerjaya. Pelbagai perubahan yang berlaku ke atas diri aku sejak kebelakangan ni. Sejak aku mulai berkerjaya usai tamat pengajian, lantas aku mendirikan rumah tangga, panorama kehidupan aku berubah 360 darjah. Kehidupan yang amat penuh mencabar dah mengolah minda aku untuk ligat berfikir dari termakan permainan dunia.

Kini dengan kerjaya terkini aku boleh mengisi masa aku dengan menulis. Menulis sesuatu yang dapat dikongsi dengna mata-mata yang berada di luar yang mana dapat sedikit sebanyak menambaj sedikit ruang-ruang kosong dijiwa.

Kenapa ANEKDOT?

Bagi aku nukilan ini tak lebih dari cetusan rasa dikala jemari gatal mengetuk papan kekunci yang mana tentu sahaja ia datang dari pelbagai warna dan rasa. Aku tidak sesempurna sang abid yang berteleku diatas tikar sejadahnya, bukan  sang pelukis yang megah di lingkungan mahakaryanya, bukan sang diktator yang gah di tampuk kuasanya namun aku hanyalah hamba ra'ayat marhaen yang dahagakan bebas ibarat ungas yang terbang bebas di angkasa raya.

TAK FAHAM?

.....sebenarnya aku pun tak faham apa yang aku tuliskan ni. Sekadar aku dah bosan sangat duduk kat pejabat ni sepanjang malam. Tunggu waktu kerja tamat lepas ni nak pelang beradu lelapkan mata. Adeh!! balik rumah pulak sang permaisuri tiada. Begitu lah lumrah duduk dikotarayaku ni. Patut lah isteri aku meronta-ronta mohon bertukar dikampung halaman. Rupanya duduk di kotaraya ni kita kurang waktu berkualiti untuk bersama. Biasa lah. Baharu belajar nak hidup berkongsi. Dulu hidup berfikir untuk perut sendiri, kini ada mulut yang harus disuap. Itu belum masuk yang "coming soon"  lagi. Kalau 'beliau" tu dah tiba lagi banyak yang perkara yang perlu di timbang. So, for reader, selamat menjengah ruangan ANEKDOT untuk waktu-waktu mendatang.