Belasungkawa | Yo@Shahrul Iman

27 Jul 2009

Yo@Shahrul Iman(1988-2009)

"Hai nafsu yang mutmainnah kembali olehmu kepada tuhanmu pada hal redha engkau akan Dia dan redha Dia akan dikau, maka masuklah olehmu di dalam hambaKu dan masuk olehmu kedalam syurgaKu."

Hari ini aku tak tahu la nk cakap macam mana..cuma aku sedih sangat bila aku kehilangan kawan aku, Yo..Aku rasa macam semalam je aku kenal dia..Dia lah yang mula-mula aku kenal masa aku mula-mula jejak masuk Puncak Perdana..Aku rasa agak kehilangan.. Dia banyak bagi aku semangat ngan perangsang dalam nak melalui alam perfileman ni. Aku tak sangka dia pergi terlampau awal..kali terakhir aku jumpa tu la masa kelas Wayang Kulit ngan Pok Ya..aku masuk pun sebab dia..Raut wajah dia aku susah nak lupa..Nampak macam main-main muka dia..

Tapi aku percaya hati dia penuh cita-cita.
Aku tak leh lupa last word dia kat aku..

"aku nk jual la mini gym set aku, lan..aku da tak guna dah lepas ni.."

Rest in Peace,

GADOH @ Pancha Delima

22 Jul 2009



Dah lama aku tak update posting kat blog ni. Semuanya disebabkan kesibukan aku dalam menempuhi suatu dunia yang agak baru dan asing buat aku. Setelah hampir 3 minggu aku kat Puncak Perdana ni baru aku dapat jumpa suatu jawapan bagi suatu persoalan yang dah lama bersarang di dalam otak ni. Persoalan RASIS dan momokkan dari ahli politikus tentang KETUANAN MELAYU. Malam ni aku dapat lihat hasil buah tangan yang di buat oleh Brenda Danker dan Namrom. Bagi aku filem ni "sudah terang lagi bersuluh" memaparkan realiti sebenar kehidupan masyarakat kita kini. Malam ni keadaan di Pancha Delima tak sedingin sebelumnya.Aku dapat lihat kehangatan yang agak membara bilamana filem ini mula ditayangankan. Sebelum aku mula ingin menonton filem ini aku tertanya-tanya :

"Adakah ini yang aku cari?",
"Ini semua propaganda politik kosong."

Tapi bilamana lampu digelapkan dan tayangan dimulakan, aku dapat merasakan diri aku di dalam cerita tersebut. Ia seperti mengimbau kembali kisah 6 tahun yang lampau yang mana aku juga seorang RASIS yang tegar dengan MELAYUnya.

Berbalik pada filem GADOH ini, aku dapat disimpulkan disini adalah suatu karya yang agak bagus di ketengahkan tetapi bila difikirkan kembali dengan situasi tampuk pemerintahan yang sangat "terbuka" ini ia agak susah untuk ditayangkan secara komersil. Dari segi naratif agak berkesan sehingga ia dapat merubah ideologi aku secara total. Tersentak bila aku mendengar cerita yang dinyatakan oleh Kecik tentang Tragedi Kg Berembang sebab aku tak menyangka dia rupanya ada disana kerana aku juga salah seorang yang berada di tempat berikut pada ketika itu.

Selesai tayangan seperti yang aku jangka, sesi Q&A akan menjadi hangat bila politik dikaitkan didalam perbincangan ini. Bagi aku seni tak seharusnya dipolitikkan seperti yang didi katakan oleh En. Azman didalam filem ini. Aku hanya ketawa dalam hati "apa la mamat ni nak buat ceramah..membodohkan diri sendiri". Seperti kata Bob " Aku dah hidup sebagai Melayu dah 25 tahun, tapi aku tak nampak apa ketuanan MELAYU bagi kat aku selama ini". Bagi aku filem ini lebih memberi maksud kepada aku untuk berfikir tentang individu itu sendiri bukan ada bangsa atau warna kulit.

Zaman Jahilliah telah terbukti bahawa semangat asabiyah atau semangat perkauman itu sendiri telah membawa kehancuran keatas kaum itu sendiri. Bagi aku tanah ini bukan hanya milik kita, tapi milik ALLAH.
Aku keluar dari Pancha Delima dengan satu semangat yang baru dan tanpa berfikir panjang terus aku beli DVD GADOH supaya ia akan jadi satu khazanah untuk anak-anak aku kelak supaya mereka tidak menjadi seperti aku yang dari kecil ditiupkan dengan bisikan-bisikan yang telah lama mengubah persepsi aku keatas bangsa lain. Biarlah persepsi orang tuaku di tiupkan ke telingaku tapi aku tidak rela anak-anakku di momokkan dengan laungan-laungan yang membawa kehancuran pemikiran anak-anakku.

Enjoice!

Stay tuned..Jangan Curang.