10 sebab blog anda jarang dikunjungi

29 May 2009

1. Blog yang banyak iklan. Ada blog yang banyak meletakkan iklan. Namun, penyusunannya menarik. Tapi apa pula akan jadi jika iklan yang terlalu banyak. Jangan sampai pengunjung mengecap anda sebagai hantu iklan atau sebagainya. Untuk dapatkan pulangan dari Google Adsense, Widgetbuck atau Nuffnang bukan boleh dibuat dalam masa sebulan.

2. Blog yang menipu. Ya, ada blog yang menipu pembacanya. Saya lihat, gaya ini bertambah dari hari ke hari. Apa yang ditipu? Pertamanya isi kandungngan. Tajuknya lain, ceritanya lain. Yang kedua, blog yang mengaktifkan terus melanggan blog dengan email. Saya selalu tertipu dengan blog-blog sebegini. Yang ketiganya, mengubah bebutang komentar ke tempat lain, dan digantikan dengan iklan. Saya paling benci dengan blog begini.

3. Blog yang auto-play siaran radio, lagu atau video. Ya, itu hak anda untuk meletakkan sebarang siaran radio, lagu atau video klip. Ia menyesakkan kepala saya bilamana, saya ingin membaca postingan anda. Bayangkan tiga blog dibuka serentak, dan ketiga-tiganya autoplay lagu. Ditambah pula pengunjung anda memasang perisian Internet Download Manager, bertambah harubiru jawabnya.
4. Blog pemalas. Jenis pemilik blog yang suka copy-and-paste dari karya orang lain. Tak salah nak ambil. Saya pun sama. tetapi pilihlah yang terbaik, letakkan sumber karya tersebut. Jika ada nama penulisnya, letakkan sekali namanya. Ini adalah satu sebab kenapa ada pemilk blog yang tidak aktifkan fungsi right-click. Sebaiknya anda perlu konsisten dalam setiap postingan anda. Contohnya setiap seminggu anda kemaskini blog anda dan membuat postingan minimum 2 kali seminggu.
5. Blog yang tidak kena dengan citarasa semasa pengunjung. Kamu buat blog pasal kesihatan bayi. Ramai atau tidak orang yang akan datang ke blog, jika blognya lebih ke arah kepada kehidupan? Saya kerapkali menerima pelawaan untuk blog-blog sebegini, Saya tak minat, takkan saya nak lawat juga. Sebab itulah ramai pemilik blog lucah dan ala-ala lucah mempunyai pelawat beribu-ribu orang sehari.
6. Pemilik blog yang angkuh. Ada pemilik blog yang angkuh. Mungkin kamu tidak perasan. Ada pemilik blog yang datang sekali dua ke blog kita. Secara automatiknya, sebagai pemilik blog yang baik, kita akan melawat blog mereka pula. Kita cuba beri komen. 20 komen yang kita beri belum tentu 5 komen yang kita akan dapat. Takkan kita sentiasa kena menyembah pada blog mereka. Maaf, saya benci orang sebegini. Nampakkan komen saya di blog kamu?
7. Blog yang saiznya berat. Ini satu lagi masalah. Pemilik blog meletakkan Flash, Javaskrip dan gambar yang belum di resize. Kasihanlah mereka yang capaian internetnya perlahan. Takkan anda hendak membiarkan pembaca setia anda membaca postingan anda dengan mendisablekan javaskrip dan Flash serta kena unload imej yang dipaparkan.
8. Blog yang tidak mempedulikan pembacanya. Sekarang ini, sudah ada budaya terbaru. Mereka bukannya nak sangat komen kamu. Tapi, hanya mahukan trafik dari kedatangan kamu. Zalim sungguh. Hinanya kita dibuatnya.
9. Paparan blog sebesar monitor. Oh, inilah kesilapan pemilik blog yang paling silap dalam dunia ini. Kalau banyak artikel hendak dipaparkan, cuba paparkan apa yang penting sahaja. Dan 2 biji mata pelawat kita hanya tertumpu di tengah-tengah skrin komputer sahaja. Mereka tidak mampu untuk membacanya keseluruhannya kerana masa ‘curi tulang’ di pejabat mereka tidak boleh dimanfaatkan di blog anda sahaja. Sebaiknya gunakan 70 peratus ruang dalam skrin monitor, selebihnya biarkan dengan hiasan latarbelakang.
10. Template blog yang hambar. Pengunjung yang datang ke blog kita memang tujuan asalnya membaca artikel kita. Dengan template yang sesuai, mereka terus jatuh cinta dengan blog anda. Tapi jika blog kita hanya menggunakan template biasa dan tak pernah pula untuk mengubahnya, anda sama sahaja seperti melepaskan nafsu dengan blog. Sudah guna terus Sign Out, nampak bukan?
Jadi untuk menjadi pemilik blog yang disenangi orang, bacalah tips di atas.
Sebar-sebarkanlah ya.

SUMBER : http://elafyf.com
THANKS: http://penaminang.blogspot.com

akhirnya..

28 May 2009

lepas 2-3 hari ni aku terperap depan pc nk update kan blog ni..aku tak tau yang ni berapa lama akan bertahan..mungkin yang ni akan lama sket sebab aku akan kerap online lepas ni..anyway aku harap blog ni akan dapat jadi medan aku untuk segala2nya yang aku nk buat..

aku da tak larat da..

maka skang genap 0031hrs, aku isytiharkan WRAP UP!!

Enjoice!!

nostalgia vs nostalgila

 
[last day]

Hari ni macam biasa..semua nyer kosong..tapi aku tak tahu la tiba-tiba semua nak buat baik ngan aku atau "berlakon" baik ngan aku..aku malas nak layan org kat rumah tu..

Reminder dari Nora semalam buatkan aku bersyukur yang aku dah berjara tamatkan blajar aku ngan jayanya..walaupun byk gak cachi makhi, cercha yang sewaktu denganya..aku redah dengan bergaya..haha..Aku bangun trus call office cakap ngan Tuan Syed AlHady..skang dia da jadi coodinator skang replace post Pn Anis sebb dia cuti blajar..aku byk berterima kasih kat Tuan Syed sbb dia byk gak tolong aku..dia antara lec yang byk bg aku suuport..

Skang ni aku nak packing balik Pangkor..best..lama da tak balik sana..laut, pegi memukat..huhu..memang nostalgia..dulu leh la masa arwah tok ada..skang nih, aku rasa tak kot..tapi sebelum tu aku nak setelkan dulu saman moto aku dulu..

suxx..
ada ker saman bulan 1 aku leh xtau..ingat saman speedtrap yang sampai guna saman ekor, ni saman parking jer..la, bodoh tol, bukak Buku Pol. 107 tu, tenyeh pas tu selit kat moto aku..ok gak..dah la max pulak tu.





[place da' first step begin]
 
[kolej or zoo??] 
[lorong-lorong gelap yang mengundang benchana] 
[jalan-jalan ke lembah duit] 

dunia baru

27 May 2009

lama aku da tak memblogging ni buat aku rasa nk balik ke zaman dulu..lama aku senyap macam2 da jadi, skang ni blajar da habis..masih berkira-kira nak buat apa lepas ni..aku memang blur nak buat apa..nak keje ngan economy crisis ni mmg payah la, nak blajar lagi la payah sebab family plak da semput..ddk lama2 kat umah pon da start org ngata..boring la aku ngan keadaan rumah skang..thanks for cik YAH yang realized bahawa ada medium yang leh aku mengamuk slain punching bag kat bilik aku..

hasil 2 hari aku main ngan Photoshop sket da selesai la aku update layout aku ni..tak semak sangat..ni pon ada lagi yang aku tak letak..insyallah aku akan update dalam minggu ni..next week cuti seminggu memblogging.. aku nak g pangkor cari ketenangan..sambil2 tu leh aku lawat kubur tok wan..lama da tak balik sana..tapi aku tgk kat sana kot ada cc leh aku titipkan sket untuk korang apa yang jadi kat sana

Enjoice!!
Adiosa!!