KINI | Suatu Transisi Baru

4 Aug 2011


Kini disini aku dicampakkan.
Disuatu daerah lama.
Lama, yang aku tinggalkan.
Ya, takdir aku mungkin disini
Dikala hidup aku terus mencari,
Ruang hidup mencari sesuap nasi.

Aku,
Kian terngiang alunan geduk gedombak
Tiupan serunai buat jiwaku berkocak
Pelari patung buat darahku mengelegak.
Kian aku lari,
Kian ia menyerang aku dialam mimpi.
Adakah ini suatu petanda,
Dunia ini ditakdir untuk ku semata.

Kini,
Kian aku sedari,
Lagi jauh aku berlari
Lagi kuat melekat dihati,
Ia ibarat daki yang melekat dikaki
Udara segar dikelilingi atmosfera indah,
Buatkan aku makin jatuh cinta dengan dunia baharu.
Ya, dunia baharu yang aku miliki.

Suatu dunia yang mana didiami
Anak seni yang tenggelam didalam alam mereka sendiri.

4 Ramadhan 1433H
Pasar Seni, Kuala Lumpur

Abah

18 Jun 2011


Abah,
Berapa lama usia hidupmu kau habiskan untuk diri mu?
Berapa kederat keringat diperah untuk kepuasan jiwa mu?
Bilakah kali terakhir kamu buat sesuatu untuk dirimu sahaja?
Habis usia muda mu kamu korbankan untuk ramai jiwa.
Habis harta kamu korbankan untuk anakandamu tidur terus lena

Abah,
Aku akui usia mu kian larut.
Aku akui kudratmu mulai luput.
Aku akui pandangan mu makin susut
Hanya menunggu masa untuk dijemput.
Namun aku berdoa agar masih punya
Peluang berbakti untukmu selagi dianugerahkan nyawa.

Abah, 
ketika aku mengalah…
engkau semangatku
ketika aku sakit…
engkau penawarku
ketika aku bersedih…
kau air mataku
ketika aku ketawa
engkau riangku
dan ketika engkau berduka?


MSHK,
Wisma Mutiara, Kotarayaku, 2011

Dulu LK kini ANEKDOT

7 Jun 2011

Hari ini aku mulai rutin aku yang dah lama aku tinggalkan.
MENULIS. Ya..menulis adalah tabiat aku yang telah lama aku tinggalkan. Mungkin selepas ini aku akan kerap menulis jika ada kelapangan di lapangan kerjaya. Pelbagai perubahan yang berlaku ke atas diri aku sejak kebelakangan ni. Sejak aku mulai berkerjaya usai tamat pengajian, lantas aku mendirikan rumah tangga, panorama kehidupan aku berubah 360 darjah. Kehidupan yang amat penuh mencabar dah mengolah minda aku untuk ligat berfikir dari termakan permainan dunia.

Kini dengan kerjaya terkini aku boleh mengisi masa aku dengan menulis. Menulis sesuatu yang dapat dikongsi dengna mata-mata yang berada di luar yang mana dapat sedikit sebanyak menambaj sedikit ruang-ruang kosong dijiwa.

Kenapa ANEKDOT?

Bagi aku nukilan ini tak lebih dari cetusan rasa dikala jemari gatal mengetuk papan kekunci yang mana tentu sahaja ia datang dari pelbagai warna dan rasa. Aku tidak sesempurna sang abid yang berteleku diatas tikar sejadahnya, bukan  sang pelukis yang megah di lingkungan mahakaryanya, bukan sang diktator yang gah di tampuk kuasanya namun aku hanyalah hamba ra'ayat marhaen yang dahagakan bebas ibarat ungas yang terbang bebas di angkasa raya.

TAK FAHAM?

.....sebenarnya aku pun tak faham apa yang aku tuliskan ni. Sekadar aku dah bosan sangat duduk kat pejabat ni sepanjang malam. Tunggu waktu kerja tamat lepas ni nak pelang beradu lelapkan mata. Adeh!! balik rumah pulak sang permaisuri tiada. Begitu lah lumrah duduk dikotarayaku ni. Patut lah isteri aku meronta-ronta mohon bertukar dikampung halaman. Rupanya duduk di kotaraya ni kita kurang waktu berkualiti untuk bersama. Biasa lah. Baharu belajar nak hidup berkongsi. Dulu hidup berfikir untuk perut sendiri, kini ada mulut yang harus disuap. Itu belum masuk yang "coming soon"  lagi. Kalau 'beliau" tu dah tiba lagi banyak yang perkara yang perlu di timbang. So, for reader, selamat menjengah ruangan ANEKDOT untuk waktu-waktu mendatang.

Jihad Jelajah Perak @ Ipoh

24 May 2010


Location  : KTM Ipoh, Vanggey Restaurant, Cosmopoint Ipoh.
Credit to : Markas Fotoradikal Penang, Shazli Shots, Jangguttouch, Akies Wong & Oky Photosyndicate &            
                militants..


Eksplorasi Lorong Seni @ Putrajaya


Location : Ministry of Youth & Sport, Putrajaya
Credit to : Oky Photosyndicate and militants



Debaran Menunggu Diusung

14 Apr 2010

Debaran menunggu dugaan mendatang

Sedikit senyuman menghilang duka

Kau tunggu aku kembali..


Camera Model : Canon EOS 450D
Location : Dewan Bedah Am,Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh


Lorong Mati

12 Apr 2010





Di kala aku terlantar, aku terkesima...

15 Mar 2010


Camera Model : Canon EOS 450D
Location : General Surgical Ward, Sg Buloh Hospital



Hentian

24 Feb 2010


Location: Hentian Komuter UKM
Camera Model : Canon EOS 450D

Berarak Mendung


Location : KL International School, Jalan Ampang
Camera Model : Canon EOS 450D

Perhentian terakhir


Location : KTM Batu Gajah
Camera Model : Canon EOS 450D

Tepu

20 Feb 2010

(berlatarkan alunan OST filem Amazing Grace (2006))

Frieden über euch.


Sesungguhnya fikiran aku betul² tepu ketika ni. Aku ingat dengan balik awal, dapat bertafakur dibilik yang kosong dapat mencipta suatu ketenangan untuk menyiapkan segala kerja tugasan yang amat menyesakkan minda aku sekarang. Namun aku jadi bertambah binggung sebab fikiran aku menjadi tepu, nafsu aku untuk bekerja aku tiada.

Bilamana aku onkan PC aku dengan harapan aku dapat bernafsu kembali, nyata hampa. Fikiran aku kosong. Dipenghujungnya aku mencari dimana hilangnya diri aku yang sebenar. Aku masih mencari di mana aku. Perut lapar tapi aku masih tidak bernafsu untuk makan. Nyata kini aku kehilangan nafsu.

Bosan, mungkin..
Aku perlu sesuatu untuk menghidupkan nafsuku kembali.

 
Aku harap dapat berjumpa dengan jawpan yang aku cari....

FILM SCREENING FEBRUARY 2010

26 Jan 2010

Istiadat Konvokesyen Ke 71 | Wajah-wajah kepuasan Part 2

10 Nov 2009

 
 

Peluang datang sekali

5 Nov 2009

Setelah mendapat perkenan dan maklumat yang aku dapat disahkan, aku dengan ini menjemput semua manusia-manusia yang ada dan menjengah teratak buruk aku ni ke suatu majlis "Perhimpunan Halal" yang mana dua komuniti fotografi bergabung dalam suatu tempat. Aku rasa maklumat yang dah aku paparkan dah lebih dari cukup. jadi, tak perlu aku cerita banyak. Ada bagusnya sapa-sapa yang berkelapangan datang turut serta sebab banyak benda yang leh kita timba, korek, gali dan macam2 lagi..lagi satu yang penting ianya FREE ulangi sekali lagi PERCUMA (aku tau kalo bab2 free ni memang korang suka)..Syaratnya mudah jer beli T-Shirt Perhimpunan Halal Double Trouble atau sapa2 yang ada T-Shirt Komunis Fotoradikal atau Chottouch Street Candid leh pakai pada hari tu..

Cerita banyak pun tak guna, kalo nak maklumat lanjut tengok kat Markas Kukubesi..Sebab kalo korang melepas event tu, jangan risau sebab ada lagi event yang hampir sama tapi bukan FREE la..tapi kene invest sikit untuk ilmu yang leh guna sampai bila-bila..Event tu ialah......


So, kepada siapa-siapa yang berminat tak kira la ada siapa pun leh datang pada kedua-dua event ni..

p/s: Untuk semua pelajar UiTM Puncak Perdana, ini adalah jemputan yang disampaikan oleh KB untuk korang..sapa yang rasa2 tak cukup/puas dengan input yang dapat pada exhibition hari tu ,jangan lepaskan peluang ni..Korang leh tanya KB puas2 sampai lebam..

Wajah - Wajah

3 Nov 2009





Wajah, suatu ciptaan mahakarya yang menyingkap seribu cerita dan seribu rahsia..Setiap kejadiaan dan ciptaan mempunyai wajahnya yang terseendiri yang mana kadangkala seseorang mempunyai dua wajah disebalik wajah nan satu. Maka, terjadilah bila mana berwajahkan manusia bertopengkan binatang. Bagaimanakah wajah kita?!