APA DAH JADI?!!!

29 Aug 2009

 
(klik untuk paparan lebih jelas)

Pusat Sistem Maklumat Bersepadu(PSMB)..
KORANG BUAT APA?!! 
Takkan jaga server jer..
Dah banyak kali kene hack..

TAYANGAN PERDANA@UiTM

22 Aug 2009



6 Oktober 2009 8.00pm

2 HATI 1 JIWA
Pengarah : Prof Madya Abdul Razak Mohaideen
Pelakon : Fouziah Ghous, Yasmin Hani


Untuk pembelian tiket hubungi :
Byxura - 0175061405
Lan - 0139151823

URUS HIDUP + HIDUP KURUS = JADI RIBUT

18 Aug 2009

Makin lama hidup ini makin rumit.
Segala-galanya menjadi tidak terurus.
Makin kelam-kabut.
Cuba untuk jadi lebih terurus
tapi hidup
bertukar menjadi ribut
yang membuatkan
segala-galanya menjadi serabut.

1. Medan ini menjadi sunyi dengan bunyi ketukan papan kekunci bilamana tuan empunya diri diserang suatu simptom kemalasan terlampau dan penyakit yang agak misteri yang mana seluruh sistem pertahanan diri menjadi lemah umpama lalang ditiup angin.

2. Temujanji dengan doktor pakar bilamana aku balik ke tanah bonda tidak dapat merumuskan apa-apa mahupun merungkai seribu persoalan yang berselirat di kepala otak aku. Demam semakin kuat.
 
3. Nasib bertimpa-timpa. Lepas satu, satu benda terjadi bermula dengan lingkupnya khazanah yang ada dalam cakera keras didalam pusat simpanan angkara virus-virus yang lahanat. Dtambah dengan lingkupnya satu-satunya papan kekunci yang menjadi teman dan medan memuntahkan segala kekusutan diminda. Mujur ada teman yang sanggup mencari ganti dikala ia sangat diperlukan.

4. Hidup moga akan terurus setelah segala proses penyusunan dan pengemaskinian data yang ada. Harap-harap lepas ini aku tak buat kerja gila ni lagi. Taubat..

Belasungkawa | Yo@Shahrul Iman

27 Jul 2009

Yo@Shahrul Iman(1988-2009)

"Hai nafsu yang mutmainnah kembali olehmu kepada tuhanmu pada hal redha engkau akan Dia dan redha Dia akan dikau, maka masuklah olehmu di dalam hambaKu dan masuk olehmu kedalam syurgaKu."

Hari ini aku tak tahu la nk cakap macam mana..cuma aku sedih sangat bila aku kehilangan kawan aku, Yo..Aku rasa macam semalam je aku kenal dia..Dia lah yang mula-mula aku kenal masa aku mula-mula jejak masuk Puncak Perdana..Aku rasa agak kehilangan.. Dia banyak bagi aku semangat ngan perangsang dalam nak melalui alam perfileman ni. Aku tak sangka dia pergi terlampau awal..kali terakhir aku jumpa tu la masa kelas Wayang Kulit ngan Pok Ya..aku masuk pun sebab dia..Raut wajah dia aku susah nak lupa..Nampak macam main-main muka dia..

Tapi aku percaya hati dia penuh cita-cita.
Aku tak leh lupa last word dia kat aku..

"aku nk jual la mini gym set aku, lan..aku da tak guna dah lepas ni.."

Rest in Peace,

GADOH @ Pancha Delima

22 Jul 2009



Dah lama aku tak update posting kat blog ni. Semuanya disebabkan kesibukan aku dalam menempuhi suatu dunia yang agak baru dan asing buat aku. Setelah hampir 3 minggu aku kat Puncak Perdana ni baru aku dapat jumpa suatu jawapan bagi suatu persoalan yang dah lama bersarang di dalam otak ni. Persoalan RASIS dan momokkan dari ahli politikus tentang KETUANAN MELAYU. Malam ni aku dapat lihat hasil buah tangan yang di buat oleh Brenda Danker dan Namrom. Bagi aku filem ni "sudah terang lagi bersuluh" memaparkan realiti sebenar kehidupan masyarakat kita kini. Malam ni keadaan di Pancha Delima tak sedingin sebelumnya.Aku dapat lihat kehangatan yang agak membara bilamana filem ini mula ditayangankan. Sebelum aku mula ingin menonton filem ini aku tertanya-tanya :

"Adakah ini yang aku cari?",
"Ini semua propaganda politik kosong."

Tapi bilamana lampu digelapkan dan tayangan dimulakan, aku dapat merasakan diri aku di dalam cerita tersebut. Ia seperti mengimbau kembali kisah 6 tahun yang lampau yang mana aku juga seorang RASIS yang tegar dengan MELAYUnya.

Berbalik pada filem GADOH ini, aku dapat disimpulkan disini adalah suatu karya yang agak bagus di ketengahkan tetapi bila difikirkan kembali dengan situasi tampuk pemerintahan yang sangat "terbuka" ini ia agak susah untuk ditayangkan secara komersil. Dari segi naratif agak berkesan sehingga ia dapat merubah ideologi aku secara total. Tersentak bila aku mendengar cerita yang dinyatakan oleh Kecik tentang Tragedi Kg Berembang sebab aku tak menyangka dia rupanya ada disana kerana aku juga salah seorang yang berada di tempat berikut pada ketika itu.

Selesai tayangan seperti yang aku jangka, sesi Q&A akan menjadi hangat bila politik dikaitkan didalam perbincangan ini. Bagi aku seni tak seharusnya dipolitikkan seperti yang didi katakan oleh En. Azman didalam filem ini. Aku hanya ketawa dalam hati "apa la mamat ni nak buat ceramah..membodohkan diri sendiri". Seperti kata Bob " Aku dah hidup sebagai Melayu dah 25 tahun, tapi aku tak nampak apa ketuanan MELAYU bagi kat aku selama ini". Bagi aku filem ini lebih memberi maksud kepada aku untuk berfikir tentang individu itu sendiri bukan ada bangsa atau warna kulit.

Zaman Jahilliah telah terbukti bahawa semangat asabiyah atau semangat perkauman itu sendiri telah membawa kehancuran keatas kaum itu sendiri. Bagi aku tanah ini bukan hanya milik kita, tapi milik ALLAH.
Aku keluar dari Pancha Delima dengan satu semangat yang baru dan tanpa berfikir panjang terus aku beli DVD GADOH supaya ia akan jadi satu khazanah untuk anak-anak aku kelak supaya mereka tidak menjadi seperti aku yang dari kecil ditiupkan dengan bisikan-bisikan yang telah lama mengubah persepsi aku keatas bangsa lain. Biarlah persepsi orang tuaku di tiupkan ke telingaku tapi aku tidak rela anak-anakku di momokkan dengan laungan-laungan yang membawa kehancuran pemikiran anak-anakku.

Enjoice!

Stay tuned..Jangan Curang.

TerimaKaseh

12 Jun 2009

SaatPenuhDebaran

10 Jun 2009

Hari ni mmg penuh debaran..mana taknya hari ni la penentu sama ada aku layak ker tak habis belajar..dari semalam aku tak tidor semata2 aku da cuak tahap gaban..aku tak leh nak berfikir..pagi2 aku call mas..jawapan dia negatif..argh...aku jadi serabut..jadi aku buat keputusan kuar umah g cc nk tengok sendiri..

1158hrs
Aku baru jer sampai kat cc ni..org tak berapa ramai..aku tengok ada 2-3 org dak uitm dok belek student portal kot2 result da kuar..aku baru jer nk duduk trus jer dak tu sound "Xder kuar result lg la yop"...Cheh!!mcm tau2 jer aku datang nk chek result..

Aku bukak result..student portal laju lagi..jadi aku rasa mesti tak kuar lagi result..server shah alam tak sesak lagi..aku sambung mendownload dulu..jap lagi update lagi..

1300hrs
Student portal da semakin lembab..hp aku da bunyi selalu..Teddy dok tanya result da kuar ker belum..aku jadi gelabah gila..jangan la repeat naik part 7..mintak simpang..bila la mesyuarat senat nk abih..arghhh...

1400hrs
TERKINI!! Portal makin lembab..

1430hrs
Aku da rasa bosan nak tunggu lagi sebab tak der apa yang aku nak cari lagi..baru aku nak balik, tiba2 aku terserempak ngan cikgu Rosli, dia staf kompeni aku masa aku dalam PLKN dulu..5 tahun tak jumpa..macam2 aku sembang ingat balik kenangan lama..dengan cara ni aku dapat kurangkan rasa debaran nak tggu kul 5 nanti..sembang2 aku check poket pon kering..aku g cucuk duit balik nak buat bekal stay kat cc ni..

1511hrs
TERKINI!! Aku semakin bosan..portal da semakin laju..mungkin dorg igt result kuar lepas office hour kot..senate meeting ni pon bila nk habis..aku da tak larat tggu ni..aku kuat kan tekad..aku takkan balik selagi result tak kuar..

1625hrs
TERKINI!! KEPUTUSAN AKAN DIUMUMKAN BERMULA  1730HRS..Countdown was begin.....

1709hrs
Aku buka student portal..makin berdebar..keputusan sedang diproses..ARGH!!!! 

1827hrs
Akhirnya lepas aku tekan2 kat "Check Examination Result" xder..rupa2 nya leh tengok kat "Mini Transcript"...Hawau!! Thanks kat Rahman..dia la punya angkara..aku buka slow2..SELAMAT!! ada naik sket..aku berjaya setelkan Dip aku on time without repeat...

Aku nak balik da..penat..rumah pun da bising..

Thanks untuk kengkawan DIM06-09..

Stay tuned..jangan curang!!!