RAYA...

16 Sept 2009

1. Tak kurang dari beberapa jam dari sekarang aku da siap untuk pulang ke kampung. Tapi aku masih mencari-cari manakah hilang semangat untuk raya tahun ni. Aku rasa tak tahu mana yang tak kena tahun ni.

2. Mungkin tahun ni sebab dah meningkat usia, maka keriangan nk menyambut Aidilfitri tahun ni kian hambar. Dengan kesibukan yang kian lama menghantui sehingga aku terlupa masa untuk aku hiburkan hati aku.

3. Tahun ni Aidilfitri serba sederhana. Tak macam sebelum-sebelum ni. Dengan kesihatan aku kian merosot membuatkan kegembiraan aku turut sama hilang.

4. Along tahun ni balik Pahang, Shima tahun ni balik Penang sebab adik ipar dia baru meninggal, jadi memang patut dia berada kat sana sekurang-kurangnya hilangkan kesedihan keluarga mertua dia.

5.Aku rasa agak terkilan sebab gara-gara kesibukan aku masih tak dapat berbuka bersama-sama semua ahli keluarga aku di Perak untuk yang kedua kalinya. Masing-masing dengan kewajipan masing-masing buatkan aku rasa keseorangan walaupun jarak aku dengan Along cuma hanya 20 minit perjalanan.

6. Menjelang saat aku nak balik ni pun macam-macam dugaan yang harus aku tempuh sehingga tahap kesabaran aku kian memuncak. Dari soal kenderaan aku nak balik sampai saat aku mencari seseorang yang sudi hantar aku ke KL Sentral pun dah membuatkan aku rasa " raya kat KL pun aku sanggup" 

7. Bagi aku tahun ni Aidilfitri banyak menduga kekuatan dalaman aku, dari melawan nafsu amarah sehingga ketahanan fizikal dalam melawan kesakitan yang sedang melanda ni.

8. Soal persiapan tahun ni, bagi aku cukuplah memadai dengan baju hitam sehelai asalkan berganti baju, demi memastikan abah dengan mak ceria pagi raya ni. Hanya itu yang aku mampu untuk memastikan abah dengan mak ceria. Bagi aku keceriaan mereka melebihi segala-galanya.

9. Mungkin raya tahun ni banyak mematangkan diri aku dalam erti gembira dan bahagia. Bagi aku kebahagiaan dan kegembiraan pada raya ni bukan terletak pada berapa pasang baju berganti, berapa ratus wang dibelanja atau berapa puluh jenis kuih diborong tapi pada kegfembiraan mak dengan abah pagi raya ni dapat pakai apa yang aku belikan untuk mereka.

10. Blog ni mungkin akan tergendala untuk seketika sehingga aku pulang semula sebab aku nak beri tumpuan raya ni untuk keluarga aku. Jadi, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua yang ada aku buat salah selama 22 tahun ni dengan ini aku nak minta maaf secara terbuka kepada semua kawan-kawan aku masa SYS, SMTKK, SMTSI, UiTM Kedah, FACT dan sapa2 yang menjengah blog aku ni


bila harimau mula terjaga dari lena

10 Sept 2009

 

orang berbudi kita berbahasa
susu diberi dibalas tuba
harimau dikandang bermimpi lena
jangan biarkan ia terjaga

APA DAH JADI?!!!

29 Aug 2009

 
(klik untuk paparan lebih jelas)

Pusat Sistem Maklumat Bersepadu(PSMB)..
KORANG BUAT APA?!! 
Takkan jaga server jer..
Dah banyak kali kene hack..

TAYANGAN PERDANA@UiTM

22 Aug 2009



6 Oktober 2009 8.00pm

2 HATI 1 JIWA
Pengarah : Prof Madya Abdul Razak Mohaideen
Pelakon : Fouziah Ghous, Yasmin Hani


Untuk pembelian tiket hubungi :
Byxura - 0175061405
Lan - 0139151823

URUS HIDUP + HIDUP KURUS = JADI RIBUT

18 Aug 2009

Makin lama hidup ini makin rumit.
Segala-galanya menjadi tidak terurus.
Makin kelam-kabut.
Cuba untuk jadi lebih terurus
tapi hidup
bertukar menjadi ribut
yang membuatkan
segala-galanya menjadi serabut.

1. Medan ini menjadi sunyi dengan bunyi ketukan papan kekunci bilamana tuan empunya diri diserang suatu simptom kemalasan terlampau dan penyakit yang agak misteri yang mana seluruh sistem pertahanan diri menjadi lemah umpama lalang ditiup angin.

2. Temujanji dengan doktor pakar bilamana aku balik ke tanah bonda tidak dapat merumuskan apa-apa mahupun merungkai seribu persoalan yang berselirat di kepala otak aku. Demam semakin kuat.
 
3. Nasib bertimpa-timpa. Lepas satu, satu benda terjadi bermula dengan lingkupnya khazanah yang ada dalam cakera keras didalam pusat simpanan angkara virus-virus yang lahanat. Dtambah dengan lingkupnya satu-satunya papan kekunci yang menjadi teman dan medan memuntahkan segala kekusutan diminda. Mujur ada teman yang sanggup mencari ganti dikala ia sangat diperlukan.

4. Hidup moga akan terurus setelah segala proses penyusunan dan pengemaskinian data yang ada. Harap-harap lepas ini aku tak buat kerja gila ni lagi. Taubat..

Belasungkawa | Yo@Shahrul Iman

27 Jul 2009

Yo@Shahrul Iman(1988-2009)

"Hai nafsu yang mutmainnah kembali olehmu kepada tuhanmu pada hal redha engkau akan Dia dan redha Dia akan dikau, maka masuklah olehmu di dalam hambaKu dan masuk olehmu kedalam syurgaKu."

Hari ini aku tak tahu la nk cakap macam mana..cuma aku sedih sangat bila aku kehilangan kawan aku, Yo..Aku rasa macam semalam je aku kenal dia..Dia lah yang mula-mula aku kenal masa aku mula-mula jejak masuk Puncak Perdana..Aku rasa agak kehilangan.. Dia banyak bagi aku semangat ngan perangsang dalam nak melalui alam perfileman ni. Aku tak sangka dia pergi terlampau awal..kali terakhir aku jumpa tu la masa kelas Wayang Kulit ngan Pok Ya..aku masuk pun sebab dia..Raut wajah dia aku susah nak lupa..Nampak macam main-main muka dia..

Tapi aku percaya hati dia penuh cita-cita.
Aku tak leh lupa last word dia kat aku..

"aku nk jual la mini gym set aku, lan..aku da tak guna dah lepas ni.."

Rest in Peace,

GADOH @ Pancha Delima

22 Jul 2009



Dah lama aku tak update posting kat blog ni. Semuanya disebabkan kesibukan aku dalam menempuhi suatu dunia yang agak baru dan asing buat aku. Setelah hampir 3 minggu aku kat Puncak Perdana ni baru aku dapat jumpa suatu jawapan bagi suatu persoalan yang dah lama bersarang di dalam otak ni. Persoalan RASIS dan momokkan dari ahli politikus tentang KETUANAN MELAYU. Malam ni aku dapat lihat hasil buah tangan yang di buat oleh Brenda Danker dan Namrom. Bagi aku filem ni "sudah terang lagi bersuluh" memaparkan realiti sebenar kehidupan masyarakat kita kini. Malam ni keadaan di Pancha Delima tak sedingin sebelumnya.Aku dapat lihat kehangatan yang agak membara bilamana filem ini mula ditayangankan. Sebelum aku mula ingin menonton filem ini aku tertanya-tanya :

"Adakah ini yang aku cari?",
"Ini semua propaganda politik kosong."

Tapi bilamana lampu digelapkan dan tayangan dimulakan, aku dapat merasakan diri aku di dalam cerita tersebut. Ia seperti mengimbau kembali kisah 6 tahun yang lampau yang mana aku juga seorang RASIS yang tegar dengan MELAYUnya.

Berbalik pada filem GADOH ini, aku dapat disimpulkan disini adalah suatu karya yang agak bagus di ketengahkan tetapi bila difikirkan kembali dengan situasi tampuk pemerintahan yang sangat "terbuka" ini ia agak susah untuk ditayangkan secara komersil. Dari segi naratif agak berkesan sehingga ia dapat merubah ideologi aku secara total. Tersentak bila aku mendengar cerita yang dinyatakan oleh Kecik tentang Tragedi Kg Berembang sebab aku tak menyangka dia rupanya ada disana kerana aku juga salah seorang yang berada di tempat berikut pada ketika itu.

Selesai tayangan seperti yang aku jangka, sesi Q&A akan menjadi hangat bila politik dikaitkan didalam perbincangan ini. Bagi aku seni tak seharusnya dipolitikkan seperti yang didi katakan oleh En. Azman didalam filem ini. Aku hanya ketawa dalam hati "apa la mamat ni nak buat ceramah..membodohkan diri sendiri". Seperti kata Bob " Aku dah hidup sebagai Melayu dah 25 tahun, tapi aku tak nampak apa ketuanan MELAYU bagi kat aku selama ini". Bagi aku filem ini lebih memberi maksud kepada aku untuk berfikir tentang individu itu sendiri bukan ada bangsa atau warna kulit.

Zaman Jahilliah telah terbukti bahawa semangat asabiyah atau semangat perkauman itu sendiri telah membawa kehancuran keatas kaum itu sendiri. Bagi aku tanah ini bukan hanya milik kita, tapi milik ALLAH.
Aku keluar dari Pancha Delima dengan satu semangat yang baru dan tanpa berfikir panjang terus aku beli DVD GADOH supaya ia akan jadi satu khazanah untuk anak-anak aku kelak supaya mereka tidak menjadi seperti aku yang dari kecil ditiupkan dengan bisikan-bisikan yang telah lama mengubah persepsi aku keatas bangsa lain. Biarlah persepsi orang tuaku di tiupkan ke telingaku tapi aku tidak rela anak-anakku di momokkan dengan laungan-laungan yang membawa kehancuran pemikiran anak-anakku.

Enjoice!

Stay tuned..Jangan Curang.